Jumaat, 27 April 2018

Bercuti di Korea Selatan: Day 3 (sewa hanbok dan melawat Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square, Bukchon Hanok Village dan Cheonggyecheon Stream)

Percutian ke Seoul, Korea pada musim bunga 2018

AHAD, 15hb April 2018



Hari ini hari ke-3 kami di Korea.


ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI


ONEDAYHANBOK >>  GYEONGBOKGUNG PALACE  >>  GWANGHWAMUN SQUARE, >>  ONEDAYHANBOK  >> APARTMENT >> BUKCHON HANOK VILLAGE >> CHEONGGYECHEON STREAM

CARA SEWA HANBOK DI ONEDAYHANBOK, KOREA


pakai hanbok dan melawat Gyeongbokgung Palace, Korea Selatan

Cara untuk ke kedai Onedayhanbok, Seoul, Korea untuk menyewa hanbok

Hari ini cuaca dingin dan cerah.
Awal pagi lagi kami berjalan kaki ke ONEDAYHANBOK yang terletak 1.7 km dari apartment kami.
Kalau nak naik subway pun boleh, naik di setesen Gwanghwamun dan turun di stesen seterusnya iaitu stesen Angguk.

Cara kami menyewa hanbok dari kedai Onedayhanbok di Seoul, Korea


 Semasa di Malaysia, kami telah e-mel tempahan kepada ONEDAYHANBOK dan menyatakan kami akan tiba pukul 9 pagi. Setiap tempahan akan dijamin hanya selama 10 minit. Maksudnya jika kami tiba selepas 910 pagi, tempahan kami akan luput. Pelanggan yang membuat tempahan melalui emel akan dilayan terlebih dahulu berbanding yang tidak membuat tempahan.


Hanbok lengkap dengan topi disewa dari onedayhanbok, korea



Bila tiba di ONEDAYHANBOK, petugas di situ menyemak tempahan kami. Oleh sebab kami tiba dalam masa 10 minit dari waktu tempahan, kami terus dilayan. Petugas memberitahu saiz hanbok untuk setiap ahli keluarga kami dan kemudian memberi 4 beg besar untuk kami menyimpan barang2 kami.

Kami dibenarkan memilih 2 pasang hanbok untuk dicuba. Petugas kemudiannya membantu kami mengenakan hanbok. Harga sewa setiap hanbok ialah 15,000 won untuk 4 jam. Untuk wanita harga ini termasuk perhiasan tambahan seperti perhiasan kepala dan beg tangan. Tapi untuk lelaki, tambahan 2,000 Won dikenakan untuk setiap topi yang dipilih. Kalau nak sewa hanbok 24 jam pun boleh tapi harganya lebih tinggi. Hanbok ini boleh dipakai apabila melawat kawasan tarikan pelancong sepert Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square, Bukchon Hanok Village, Insadong dan lain-lain.

Terdapat banyak tempat yang memberi perhidmatan sewa hanbok tapi dari ulasan yang kami baca ONEDAYHANBOK ada lebih banyak pilihan/jenis/saiz Hanbok. 

Ada juga tempat yang memberi pelancong peluang memakai hanbok percuma tapi kebanyakkannya hanya dibenarkan bergambar dalam studio sahaja dan pilihan rekaan hanbok adalah terhad. Di gyeongbokgung palace pun anda boleh pakai hanbok percuma tapi perlu mendaftar dan menunggu giliran anda dan cuma dibenarkan memakai untuk 20-30 minit sahaja di kawasan istana sahaja.


Melawat Gyeongbokgung Palace sambil memakai hanbok


Kami kemudiannya berjalan ke Gyeongbokgung Palace untuk menyaksikan “changing of  guards ceremony” yang diadakan pada pukul 10 pagi. Oleh sebab kami memakai hanbok, kami masuk secara percuma. Tanpa hanbok, tiket 3,000 Won dikenakan.


Berjalan kaki dari Onedayhanbok ke Gyeongbokgung Palace

Changing of guards ceremony



Memakai hanbok dan bersiar-siar di Gyeongbokgung Palace, Korea


Bergambar dengan pengawal Gyeongbokgung palace, korea

 Kami berjalan-jalan dan bergambar di sekitar istana besar ini.
Ramai pengunjung yang menyapa dan meminta untuk bergambar dengan kami kerana kami sekeluarga semua berpakaian hanbok. 
😊😊😊😊😊 

Memakai pakaian tradisional Korea, Hanbok di Gyeongbokgung palace, ketika bercuti di korea Selatan

Berjalan kaki dari Gyeongbokgung Palace ke Gwanghwamun Square

GWANGHAMUN SQUARE 

Kami keluar dari istana dan berjalan  kaki menuju Gwanghamun square 
dan kami masih lagi memakai hanbok. 

Bergambar dengan King Sejong Monument, di Gwanghamun Square semasa bercuti di Korea


Gwanghamun Square

Kebetulan ketika ini ada farmer's market dan persembahan di sini.  
Kami berjalan-jalan melalui gerai-gerai yang ada di situ, paling banyak gerai menjual kimchi 
dan kami di sapa oleh orang korea di sini kerana memakai hanbok 😊😊😊.

Persembahan di Gwanghamun Square



Kami kembali ke ONEDAYHANBOK untuk memulangkan hanbok dan 
kemudian berjalan kaki pulang ke apartment untuk masak makan tengah hari.

Melawat Kediaman Tradisional Orang Korea di Bukchon Hanok Village, Korea

BUKCHON HANOK VILLAGE


Bukchon Hanok Village

Selepas solat kami berjalan pula ke Bukchon Hanok Village 
iaitu tempat rumah-rumah tradisional korea. 

Kalau nak naik subway pun boleh, ambil line 3 dan turun di stesen Anguk ikut exit 2, kemudian berjalan sejauh 300 meter sebelum sampai ke Bukchon Hanok Village.

Bukchon Hanok Village, korea

tips melancong ke korea, perkara yang wajib tahu sebelum ke korea

Kalau ke sini, 
tak boleh bising kerana ini ialah kawasan kediaman sebenar. Kalau ada papan tanda yang menjemput masuk, baru lah kita boleh masuk. Selain itu, rumah lain memang ada penghuni dan kita perlu hormati mereka dengan tidak membuat bising di kawasan rumah mereka.

Bukchon Hanok Village, kawasan perumahan dengan seni bena tradisional korea

Kalau ke korea, memang wajib ke Cheonggyecheon Stream, kawasan anak sungai yang mempunyai sejarah yang unik.

CHEONGGYECHEON STREAM

 Kemudian kami berjalan kaki ke Cheonggyecheon Stream. 



Kawasan ini dulunya merupakan infrastruktur pengangkutan 
tapi kemudiannya di ubah suai menjadi tempat tarikan pelancong. 


Menyeberangi Cheonggyecheon Stream, Seoul, Korea



Cheonggyecheon Stream lebih cantik pada waktu malam apabila lampu2 dipasang.
Tapi disebabkan cuaca semakin sejuk, kami mula berjalan kaki pulang ke apartment sebelum magrib untuk masak makan malam dan berehat 
kerana
esok kami akan ke EVERLAND.

2 ulasan:

  1. Basically Day 2 ni visit historical places la ya? Interesting!

    BalasPadam
  2. Salam Sejahtera,

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.

    Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.

    Salam perkenalan dari kami Team Naracards.


    BalasPadam