Percutian di Korea pada musim bunga 2018
Hari ini hari ke-8 dan hari terakhir kami di Korea.
Bermain Running Man Di Insadong
 |
Running Man Game di Insadong, Korea
|
JUMAAT, 20hb April 2018
ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI
SEOUL
STATION >> INSADONG (RUNNINGMAN THEMATIC EXPERIENCE CENTER) >> JYOTI
RESTAURANT, INSADONG à INCHEON AIRPORT
Hari
ini hari terakhir kami di Korea.
Kami bersarapan dan kemas apartment sebelum checkout pada pukul 11 pagi.
Kami terus
menuju Seoul Station dan menyimpan beg kami dalam locker di situ dan kemudian
ambil subway ke Insadong.
Bermain permainan Runnning Man di Insadong, Korea
Kami
ke Runningman Thematic Experience Center.
 |
patung runningman |
Setiap orang perlu membeli tiket
berharga 16,000 won untuk masuk dan menyelesaikan mission yang di beri. Ada
markah diberikan untuk setiap mission
dan jika berjaya melepasi markah tertinggi, anda akan dapat Sijil Running Man.
 |
tempat permulaan permainan running man
|
Semua game/mission di sini pernah
dijalankan oleh ahli Running Man.
Saja suka-suka, alang2 dah sampai ke Korea.😀😀😀
Makanan halal di JYOTI
RESTAURANT, INSADONG
Kami
makan tengah hari di Jyoti Restaurant yang terletak tidak jauh dari tempat
Running Man, kami berjalan kaki saja ke sana.
Makanannya sangat sedap dan harganya lebih kurang sama dengan Taj
Restaurant di Itaewon.
Kami
kemudiannya pergi ke Seoul Station semula,
ambil beg dari locker.
 |
Add caption |
Sebelum menaiki subway ke Incheon Airport,
kami sempat bergambar di hadapan Old Seoul Station.
 |
bergambar di Old Seoul Station, ketika bercuti di korea
|
Terdapat
deretan pokok2 cherry blossom yang
masih lebat bunganya sepanjang perjalanan kami ke Incheon, memang cantik.
Walaupun kami tiba di Korea selepas Cherry Blossom Festival tapi kami masih
sempat melihat deretan cherry blossom di Everland dan semasa perjalanan balik
ke Incheon airport.
Hampir setiap hari semasa di korea, kami akan beli strawberry korea, rasanya sangat2 manis dan sedap. Kami bertuah kerana selalu dapat beli strawberry korea dengan harga diskaun, Satu kotak besar hanya 3,000 Won. Kalau di Malaysia , harga sekotak kecil strawberry korea hampir RM 27.00.
Orang Korea sangat peramah.
Sepanjang
kami di Korea, kami dapati orang Korea sangat peramah walaupun kebanyakkannya tidak fasih berbahasa Inggeris.
Receptionist yang
bertugas di apartment kami akan menegur kami setiap kali kami hendak keluar
berjalan.
Semasa
kami mencari-cari War Memorial, seorang ajumma datang menunjukkan arah kepada kami
walau pun kami tidak bertanya dia.
Semasa
kami di Gwangmyeong Park, kami di sapa
oleh penduduk di situ.
Ketika
dalam perjalanan dari Guil Station ke Seoul, terdapat sekumpulan warga mas menaiki subway.
Dari cara mereka berpakaian
dan peralatan yang mereka bawa, kami rasa mereka baru pulang dari hiking. Mereka menyapa dan berbual2
dengan kami.
Mereka juga menghulurkan chewing gum dan biskut kepada kami.
Ketika
di Namdaemun pun, ramai yang menegur dan ada yang sempat bercerita panjang
dengan kami.
Tuan punya kedai tempat kami beli cerderahati di Namdaemun pun sangat ramah dan dia memberi kami susu berperisa pisang yang memang kami suka .
Di farmer's Market di Gwanghwamun Square pun begitu, ada orang Korea yang menyapa
kami.
Kami pernah berhenti untuk melihat peta yang ditampal di stesen subway dan tiba-tiba ada orang korea yang menegur kami untuk membantu kami.
Kami
juga rasa selamat berjalan di Korea,
kemana saja kami pergi,
tak kira malam
atau siang,
ada saja kumpulan polis yang bertugas.
Mereka berjalan dalam
kumpulan 3-5 orang.
Apa-apa pun, sudah tiba masa untuk kami pulang ke Malaysia.
SELAMAT TINGGAL, KOREA